Tuesday, 17 March 2015

WORDLESS WEDNESDAY


Assalammualaikum...
Niatkan hari ni bekerja kerana Allah s.w.t. 


HAVE A NICE DAY :)

UMRAH 2013




       Wahhh lamanya tak update blog, berkurun lamanya. Disebabkan busy dengan belajar. Alhamdulillah, aku sambung belajar pada Mei 2014. Dari dulu lagi patot aku sambung belajar, kejap on kejap off. Haha Akhirnya tertekad jua nak sambung belajo disebabkan iolss masih 'single & available' lagi. Cewaah! *matakeatas* So kisah percutian untuk 2015 pon terpaksa la di susun baik-baik bagi tidak tertindih dengan kelas waktu weekend. 


              Cukup untuk membebel, aku update ni sebab nak nyahkan sesawang yang lama berhabuk ni dengan cerita pengalaman aku mengerjakan umrah 2013. Alhamdulillah diberi peluang kesana bersama keluarga tercinta. Rinduuunyaa kota Madinah dan Mekah. 





Kami tiba di Madinah pada waktu Maghrib, Waktu pertama kali masuk, subhanaALLAh tak caya aku jejak ke Masjid Nabawi. Alhamdulillah tenang dan mendamaikan. Alhamdulillah juga aku dapat ke makam Nabi Muhammad s.a.w. *rindunyee (kubah hijau tu tempat makam Rasulullah)









Masjid Nabawi merupakan masjid kedua yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW selepas Masjidil Haram. Indahkan payung-payung hidraulik kat Masjid Nabawi ni. Payung-payung ni akan start buka waktu pagi dan bila petang akan tutup. Masa aku pergi dulu cuaca panas dan berangin. 







Seterusnya hari keempat kami bergerak ke Mekah. Ketika perjalanan kami pasang niat di Miqat iaitu Bir Ali. Jadi proses umrah ni bermula dengan niat di miqat, selepas tu tawaf, selepas tu saie, dan akhir sekali gunting rambut atau cukur kepala. Bila dah gunting atau cukur tu maka kami dikatakan mencapai keadaan 'tahalul' (bebas dari peraturan ihram). Lebih kurang macam itulah apa yang aku paham.



Kedai Kurma di Ladang kurma Mekah










Ni keluarga aku sewaktu di ladang unta. Kitaorang pergi 5 orang je termasuk abang no 2 aku. Bau untaaa mak oi, wangi sahhgett *sambiltutupidong* hihi. Tapi unta ni baik diam je hihi. Aku sempat cuba susu unta, sedap. Kalo orang tak suka susu tu mungkin tak suka la kot.





Alhamdulillah, umrah kami berjalan lancar dan aku sangat bersyukur berpeluang kesana. Semoga mendapat peluang lagi untuk mengerjakan umrah dan haji di sana. InshaaAllah. By the way, aku pergi umrah ni dengan KRS Travel Sdn Bhd. Alhamdulilah penginapan, makan dan lawatan semua terbaik. Kalo korang nak pergi ke bleh la usha di link ittew. 











Ok korang, till to next entry..

Sunday, 22 December 2013

Mukadimah




Alhamdulillah tercipta jua blog haku.
  Berpinau mata duk decorate blog utk beginners mcm haku. 

Yuhuuu !!

Disebabkan haku ni kaki ber'soko'. Ha tau x amenda maksud tuh? 
Saka ke?
Oh TIDAK 
(mampus org lari xnk kwn gwa)


Maksudnyaa Kaki Berjalan, tu sebutan utk org nogori. Hee 
So, later aku up entry tempat yg penah aku pegi.

ADIOS



I LOVE TO TRAVEL